Makluman

Suka tak suka, blog ini terpaksa diwujudkan atas pengalaman yang terjadi baru-baru ini. Ketika itu saya ingin menghantar karya yang tersiar untuk Pertandingan Hadiah Sastera Perdana yang dianjurkan oleh DBP. Kelam-kabut saya mencari keratan akhbar yang lepas untuk difotostat dan dihantar ke pertandingan tersebut. Sudahnya hanya beberapa karya sahaja yang diperolehi dan saya terpaksa berpuashati dengan apa yang ada. Namun saya tidak boleh menyalahkan sesiapa melainkan mengambil itu sebagai satu pengajaran yang baik untuk saya manfaatkan. Untuk itu blog ini diwujudkan. Sekaligus blog ini bertindak sebagai rujukan dan promosi karya-karya saya yang tersiar, telah terbit atau akan dierbitkan Insya-Allah. Sekurang-kurangnya kalau laptop atau PC mengalami kerosakan, masih ada lagi simpanan/rekod karya di laman maya untuk dirujuk.

"Sediakan Payung Sebelum Hujan"
~Sekian~

Saturday, April 18, 2009

Kumpulan Cerpen - Mencari Gayung

Terbit pada bulan April 2009 - DBP

DBP - Mencari Gayung menghimpunkan 23 buah cerpen Serunai Faqir yang hampir kesemuanya berkisar tentang seni dan budaya masyarakat Melayu. Cerpen-cerpennya dianyam secara berfalsafah menjadikan pembaca perlu teliti untuk mendalami dan memahami sesebuah cerpen.

Saturday, January 10, 2009

Mantera Hitam


Terbit pada Januari 2009

Tuesday, October 28, 2008

Cerpen : Dewangga Rohani


Tersiar di Mingguan Malaysia pada 19 Oktober 2008

Bilakah Terbit Agaknya?

Manuskrip Jaka Suria 'Dewangga Sakti' 2 dihantar pada bulan September.

Dihantar pada 19 Oktober

Manuskrip Sapta Hitam dihantar pada 7 Oktober 2008

Friday, October 10, 2008

Puisi : Pemburu Cinta

Puisi : Pemburu Rindu

Puisi : Ramadhan

Tersiar di Majalah Intisari, 2003 (tak ingat tarikh yang tepat)
Pada mulanya saya menggunakan nama pena Serunai Malam kerana mengambil sempena tajuk sebuah novel berjudul 'Serunai Malam', karya Hashim Latif, tapi akhirnya saya mengambil keputusan itu adalah tajuk buku orang, maka nama pena Serunai Faqir digunakan.

Puisi : Anganan Gergasi

Tersiar di Berita Minggu, 18 Januari 2004

Puisi : Pesan Ibu

Puisi tersiar di Tunas Cipta, Oktober 2003

Puisi : Semalam & Hari Ini

Tersiar di Tunas Cipta, edisi November 2003