Makluman

Suka tak suka, blog ini terpaksa diwujudkan atas pengalaman yang terjadi baru-baru ini. Ketika itu saya ingin menghantar karya yang tersiar untuk Pertandingan Hadiah Sastera Perdana yang dianjurkan oleh DBP. Kelam-kabut saya mencari keratan akhbar yang lepas untuk difotostat dan dihantar ke pertandingan tersebut. Sudahnya hanya beberapa karya sahaja yang diperolehi dan saya terpaksa berpuashati dengan apa yang ada. Namun saya tidak boleh menyalahkan sesiapa melainkan mengambil itu sebagai satu pengajaran yang baik untuk saya manfaatkan. Untuk itu blog ini diwujudkan. Sekaligus blog ini bertindak sebagai rujukan dan promosi karya-karya saya yang tersiar, telah terbit atau akan dierbitkan Insya-Allah. Sekurang-kurangnya kalau laptop atau PC mengalami kerosakan, masih ada lagi simpanan/rekod karya di laman maya untuk dirujuk.

"Sediakan Payung Sebelum Hujan"
~Sekian~

Thursday, October 9, 2008

Puisi : Gurindam Luka Awang Batil

Tersiar di akhbar Mingguan Malaysia pada 5 September 2004

Puisi : Benua Ketenangan

Puisi ini tersiar di majalah Wanita, edisi September 2004

Puisi : Laut

Tersiar di Tunas Cipta, edisi Julai 2004

Puisi : Sang Helang

Ini adalah puisi pertama saya yang tersiar di Dewan Budaya, edisi Oktober 1988. Tersiar tapi saya tidak mengetahuinya, hinggalah 10 tahun selepas itu, saya mengetahuinya tersiar apabila seorang teman memaklumkannya dan menghantar keratan puisi ini. Terima kasih kepadanya.

Cerpen : Wira Mandala Hijau


Cerpen ini tersiar di Mingguan Malaysia pada 22 Julai 2007

Cerpen : Jihad Sang Hamba

Tersiar di akhbar Utusan Melayu Jawi pada 26 Mac - 29 Mac 2007

Cerpen : Mencari Gayung

Cerpen ini tersiar di Mingguan Malaysia pada 22 Januari 2006

Cerpen : Legenda Kuda Hitam

Cerpen ini tersiar di Mingguan Malaysia pada 17 September 2006

Cerpen : Syarah Perang Yang Terpinggir

Tersiar di akhbar Mingguan Malaysia pada 16 Oktober 2005

Kumpulan Cerpen : Mencari Gayung

Kumpulan cerpen saya telah dihantar ke DBP pada Jun 2008 dan masih dalam proses penyuntingan. Gambar dan judul adalah rekaan saya, tidak pasti bagaimana lagi kulit luar kumpulan cerpen saya yang pertama ini nanti. Entri ini hanya untuk rujukan saya bila tarikhnya akan terbit setelah menghantar pada bulan Jun. Doakan saya semoga ia menjadi kenyataan, amin.