Makluman

Suka tak suka, blog ini terpaksa diwujudkan atas pengalaman yang terjadi baru-baru ini. Ketika itu saya ingin menghantar karya yang tersiar untuk Pertandingan Hadiah Sastera Perdana yang dianjurkan oleh DBP. Kelam-kabut saya mencari keratan akhbar yang lepas untuk difotostat dan dihantar ke pertandingan tersebut. Sudahnya hanya beberapa karya sahaja yang diperolehi dan saya terpaksa berpuashati dengan apa yang ada. Namun saya tidak boleh menyalahkan sesiapa melainkan mengambil itu sebagai satu pengajaran yang baik untuk saya manfaatkan. Untuk itu blog ini diwujudkan. Sekaligus blog ini bertindak sebagai rujukan dan promosi karya-karya saya yang tersiar, telah terbit atau akan dierbitkan Insya-Allah. Sekurang-kurangnya kalau laptop atau PC mengalami kerosakan, masih ada lagi simpanan/rekod karya di laman maya untuk dirujuk.

"Sediakan Payung Sebelum Hujan"
~Sekian~

Thursday, October 9, 2008

Kumpulan Cerpen : Mencari Gayung

Kumpulan cerpen saya telah dihantar ke DBP pada Jun 2008 dan masih dalam proses penyuntingan. Gambar dan judul adalah rekaan saya, tidak pasti bagaimana lagi kulit luar kumpulan cerpen saya yang pertama ini nanti. Entri ini hanya untuk rujukan saya bila tarikhnya akan terbit setelah menghantar pada bulan Jun. Doakan saya semoga ia menjadi kenyataan, amin.

1 comments:

suwara entertainment said...

As Salam..
saya berminat dgn puisi2 nukilan Encik..DBP ada mengadakan Peraduan Mencipta Lagu Puisi..bolehkah saya menggunakan puisi2 Encik jika tidak keberatan?kerana salah satu syarat adalah menggunakan puisi daripada majalah dan buku terbitan DBP. Jadi, saya perlu minta izin dari tuan empunya terlebih dahulu.

Terima kasih.