Makluman

Suka tak suka, blog ini terpaksa diwujudkan atas pengalaman yang terjadi baru-baru ini. Ketika itu saya ingin menghantar karya yang tersiar untuk Pertandingan Hadiah Sastera Perdana yang dianjurkan oleh DBP. Kelam-kabut saya mencari keratan akhbar yang lepas untuk difotostat dan dihantar ke pertandingan tersebut. Sudahnya hanya beberapa karya sahaja yang diperolehi dan saya terpaksa berpuashati dengan apa yang ada. Namun saya tidak boleh menyalahkan sesiapa melainkan mengambil itu sebagai satu pengajaran yang baik untuk saya manfaatkan. Untuk itu blog ini diwujudkan. Sekaligus blog ini bertindak sebagai rujukan dan promosi karya-karya saya yang tersiar, telah terbit atau akan dierbitkan Insya-Allah. Sekurang-kurangnya kalau laptop atau PC mengalami kerosakan, masih ada lagi simpanan/rekod karya di laman maya untuk dirujuk.

"Sediakan Payung Sebelum Hujan"
~Sekian~

Thursday, October 9, 2008

Antologi Cerpen HSKU 2007 : Wira Mandala Hijau & Dari Suatu Tikungan Lorong

Ini kali kedua, merupakan saat-saat menerima walaupun hanya untuk hadiah penghargaan. Cerpen yang berjudul 'Wira Mandala Hijau' telah memenangi hadiah penghargaan dan bertambah manis apabila dijadikan tajuk antologi ini. Alhamdulillah syukur.


Bagi kategori ini pula, cerpen saya yang berjudul 'Jihad Sang Hamba' juga telah memenangi hadiah penghargaan.

Kedua-dua antologi ini telah diterbitkan pada 2008.

Catatan Penulis :
a.) Cerpen 'Wira Mandala Hijau' telah di Mingguan Malaysia pada 2 Julai 2007
b.) Cerpen 'Jihad Sang Hamba' tersiar di Utusan Melayu Jawi pada 26-9 Mac 2007.

0 comments: