Makluman

Suka tak suka, blog ini terpaksa diwujudkan atas pengalaman yang terjadi baru-baru ini. Ketika itu saya ingin menghantar karya yang tersiar untuk Pertandingan Hadiah Sastera Perdana yang dianjurkan oleh DBP. Kelam-kabut saya mencari keratan akhbar yang lepas untuk difotostat dan dihantar ke pertandingan tersebut. Sudahnya hanya beberapa karya sahaja yang diperolehi dan saya terpaksa berpuashati dengan apa yang ada. Namun saya tidak boleh menyalahkan sesiapa melainkan mengambil itu sebagai satu pengajaran yang baik untuk saya manfaatkan. Untuk itu blog ini diwujudkan. Sekaligus blog ini bertindak sebagai rujukan dan promosi karya-karya saya yang tersiar, telah terbit atau akan dierbitkan Insya-Allah. Sekurang-kurangnya kalau laptop atau PC mengalami kerosakan, masih ada lagi simpanan/rekod karya di laman maya untuk dirujuk.

"Sediakan Payung Sebelum Hujan"
~Sekian~

Thursday, October 9, 2008

Antologi Cerpen


Antologi cerpen ini telah diterbitkan oleh AMN Publications pada 2007. Cerpen saya yang berjudul 'Manusia Labah-Labah' adalah salah satu cerpen yang tersiar, bersama rakan-rakan penulis yang lain.

Kata penyelenggara antologi ini, Cik Ummu Hani :
Ini ada berita baik untuk peminat buku...
ku khususkan buku ini kepada mereka yang menghargai sesuatu yang berilmu dan bermanfaat.koleksi cerpen kanak-kanak terlaris oleh barisan penulis yang prolifik menghasilkan karya-karya krestif berunsur Islam. diabadikan untuk mendidik, menghibur dan memupuk nilai ilmu kepada si comel alaf baru. khazanah kreatif ini adalah hadiah terbaik anda kepada anak-anak dan sahabat taulan. Anda boleh membaca garapan santai dan comel daripada penulis2 ini :saudara nimoiz Ty, Fahd Razy, Ustaz Maszlee Malik, Ummu Hani, Ezzar Akmal, Serunai Faqir dan Naimisa Yusof.

0 comments: