Makluman

Suka tak suka, blog ini terpaksa diwujudkan atas pengalaman yang terjadi baru-baru ini. Ketika itu saya ingin menghantar karya yang tersiar untuk Pertandingan Hadiah Sastera Perdana yang dianjurkan oleh DBP. Kelam-kabut saya mencari keratan akhbar yang lepas untuk difotostat dan dihantar ke pertandingan tersebut. Sudahnya hanya beberapa karya sahaja yang diperolehi dan saya terpaksa berpuashati dengan apa yang ada. Namun saya tidak boleh menyalahkan sesiapa melainkan mengambil itu sebagai satu pengajaran yang baik untuk saya manfaatkan. Untuk itu blog ini diwujudkan. Sekaligus blog ini bertindak sebagai rujukan dan promosi karya-karya saya yang tersiar, telah terbit atau akan dierbitkan Insya-Allah. Sekurang-kurangnya kalau laptop atau PC mengalami kerosakan, masih ada lagi simpanan/rekod karya di laman maya untuk dirujuk.

"Sediakan Payung Sebelum Hujan"
~Sekian~

Thursday, October 9, 2008

Puisi : Aku Tak Mengerti Warnamu

Aku Tidak Mengerti Warnamu

(Buat S. Amin Shahab)

----------------------

Tiadalah aku mengerti

tari warna yang berjoget

di pentas fikirmu

lalu tertumpah di kanvas resah

pada menyatakan sebuah perjalanan

canggung tujuh pelangi sakti

zapin tujuh gunung berapi

dan penonton terpaku mangu

menatap liuk ilham lendik gagasan

meresap merah semangat

ke urat nadi dan jantung

mewarnai citra sang pencari

pada putihnya hati

dan berus perasaannya

terus-terusan menyapu

hitam putih sejarah

yang selalu amarah

jarang sekali pasrah.

16.6.04

Balai Seni Lukis

K.L

Tersiar di TC 2004

0 comments: